5 PRINSIP SYARIAH
Monday, 7 March 2016
Pendahuluan
Islam
adalah sebuah agama yang paling dinilai disisi Allah swt. Nabi Muhammad saw
sebagai utusan Allah datang untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dalam Islam
terdapat ajaran yang harus dipelajari dan difahamkan oleh pemeluk agama Islam
seperti haram, halal, mubah, subhat dan lain-lain.
Prinsip syariah merupakan jalan arah
sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. Ianya juga adalah merujuk
kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia
melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada 5 prinsip.
Pertama,
Rabbaniah iaitu ketuhanan yang merujuk kepada syariah Islam adalah dicipta dan
disusun oleh Allah swt. Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan
muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia. Kedua, Wasatiah iaitu
kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah
bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.
Ketiga, Tawazun iaitu keseimbangan dalam syariat bernaksud segala kandungannya
mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan diakhirat. Keempat, Mizan
iaitu kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai
yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kelima, Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan
murunah menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya yang tetap untuk
semua zaman dan umat.
Kesimpulannya, prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat.
Definisi Syariah
BAHASA
SYARAK: Jalan ke arah sumber air atau memberi
makna jalan yang lurus.
ISTILAH:
Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat
manusia melalui Rasulullah saw.
o Dipanggil
sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia.
o Air
diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk
menjadi nadi dalam hidup manusia.
o Manusia
akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat.
o Kewujudan
syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan
akhirat.
Rabbaniah (Ketuhanan)
Ø Prinsip
ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta
dan disusun oleh Allah swt.
Ø Alam
yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh
diterokai dengan mematuhi peraturan
Allah swt.
Ø Seluruh
ciptaan alam adalah milik Allah swt. Kita sebagai khalifah yang tertakluk
kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus
kepada pengabdian diri kepada Allah swt
dan menginsafi keagunganNya.
Ø Inilah
keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam
bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah.
Ø Demikian
juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran
dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala
kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang
terbaik.
Ø Antara
prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah rabbaniah.Ia bermaksud bahawa ekonomi Islam
berkait rapat dengan ketuhanan atau
ilahiah bukan hanya berlandaskan
kepentingan material.
Ø Segala
kandungannya meliputi aspek aqidah,
ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
Rabbaniah boleh difahami dalam dua
konteks kefahaman :
Ø Kefahaman
yang pertama tentang prinsip
rabbaniah dalam sistem ekonomi Islam adalah keyakinan bahawa sistem
ekonomi Islam dalam segi dasarnya adalah unggul
dan terbaik kerana ia datang daripada Allah dan Nabi Muhammad.
Ø Sebagai contoh,
tidak semua umat Islam faham apakah hikmah di sebalik pengharaman riba. Lebih-lebih lagi pada zaman yang begitu mencabar
ini.Riba seolah-olah menjadi kebiasaan dan rata-rata menganggapnya tidak
mengapa bak kata peribahasa Melayu alah
bisa tegal biasa.
Konsep
Rabbaniah melahirkan peniaga Muslim yang amanah dan
tidak menipu dalam timbangan. - Gambar hiasan
Ø Namun,
bagi orang yang beriman kepada Allah swt apabila Al-Quran dan hadis dengan
jelas mengharamkan riba, mereka tidak akan berlengah-lengah meninggalkan riba dan saki-bakinya tanpa
sebarang keberatan. Inilah bukti iman kita kepada Yang Maha Esa.
Firman Allah yang bermaksud: Maka
demi Tuhanmu (wahai Muhammad). Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka
menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari
apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya (an-Nisa': 65).
v Kefahaman
rabbaniah yang kedua pula adalah
segala aktiviti yang dijalankan untuk menggerakkan ekonomi bertujuan mendapatkan keredaan Allah swt. Mereka yang memahami konsep ini akan memastikan segala
pengurusan dan aktiviti ekonomi yang dijalankan tidak mengandungi sebarang perkara yang haram kerana ia pasti
dimurkai oleh Allah swt.
v Orang
yang memahami tujuan mereka menuju Allah swt akan menganggap bahawa kegiatan
ekonomi yang dijalankan semuanya adalah manifestasi kehambaan kepada Allah swt.
v Kefahaman
ini boleh diterapkan dalam diri jika kita memahami bahawa setiap harta yang diperolehi
sebenarnya adalah pinjaman daripada
Allah swt. Maka sebagai peminjam kita perlu mematuhi segala terma dan
syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman.
v Sebab
itulah, Allah swt akan mempersoalkan perolehan harta serta penggunaannya.
Setiap nilaian harta akan diperincikan oleh Allah swt sebagai perhitungan di
akhirat kelak.
Abu Barzah r.a, meriwayatkan bahawa
Nabi bersabda: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (di hadapan
Allah) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu akan ditanya tentang
hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya."
(riwayat al-Tarmizi)
Wasatiah (Kesederhanaan)
q Kesederhanaan
dalam syariat adalah memberi makna segala
hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang
berlebihan atau berkurangan.
q Boleh
berlaku perubahan dan penyesuaian
tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya
solat fardhu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk
duduk bagi yang sakit.
q Wasatiah
juga memberi makna pertengahan antara
dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara
kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih
diutamakan.
q Apabila
kita merujuk kepada Al-Quran, kita akan dapati Al-Quran menyifatkan umat Islam
sebagai umat yang sederhana atau mempunyai konsep pertengahan dalam
segala aspek kehidupan mereka.
Ini dapat dilihat dalam Firman
Allah swt. yang bermaksud : “demikianlah pula kami telah jadikan kamu umat yang
adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia……” (Surah
al-Baqarah: 143)
q Kesederhanaan
yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau Al-Haq. Dalam menuju ke arah kebenaran
pastinya akal semata-mata tidak mampu untuk memimpin manusia mencapai kebenaran
yang mutlak. Roh kesederhanaan dalam Islam ditiup oleh Al-Quran yang merupakan
wahyu Ilahi untuk mengimbangi di antara kehendak manusia dan agama.
q Apabila
manusia tidak boleh melewati batas dalam urusan rohaniah dan jasmaniah dan
tidak berlebih-lebihan dalam urusan akhirat dan tidak berlebihan dalam urusan
dunia, maka jalan seperti itu akan membawa manusia kepada “jalan tengah” di antara dua jalan yang bertentangan.
q Islam melarang umatnya
berlebih-lebihan dalam agama, membantah ajaran-ajaran
penyeksaan diri demi agama. Ini dibuktikan dengan kebenaran memakan makanan
yang lazat-lazat dan memakai perhiasan, asal tidak berlebih-lebihan dan tidak bersikap
sombong.
Ciri-ciri
kesederhanaan syariah Islam adalah seperti berikut:
1. Keseimbangan
antara Nas Syarie dan realiti kehidupan.
q Nas-nas yang datang dari
Al-Quran dan hadis yang sohih merupakan hukum
yang pasti. Hukumnya adalah pasti dalam soal yang diperkatakan oleh nas
tersebut. Sebahagian ulama Islam berpendapat bahawa ayat-ayat Al-Quran dan
hadis Nabi yang sahih tidak datang dalam bentuk pasti melainkan dalam soal-soal
ibadah tauhid sahaja. Manakala aspek lain seperti sosial, pemerintahan,
perniagaan dan hubungan antara manusia datang dalam bentuk zanni. Natijahnya bahawa Islam dalam perundangannya
mengambil kira soal hubungan kehidupan manusia yang berubah-ubah dengan
tuntutan agama iaitu dengan mengimbangi antara nas dan realiti kehidupan.
2.
Perbezaan antara ideal dan realiti
q Islam mengambil kira keadaan manusia dan kemampuan mereka
sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan. Islam juga menggalakkan umatnya
melakukan perkara-perkara yang membawa mereka ke suatu tahap yang paling ideal,
contohnya amalan sunat. Amalan tersebut bukanlah suatu yang diwajibkan oleh Islam
tetapi ia lebih bersifat sukarela dari hamba yang mencari keredhaan tuhannya.
Kesemua hukum taklif yang diwajibkan oleh Islam terhadap umatnya adalah dalam
lingkungan kemampuan dan upaya manusia. Sebagai contoh dalam pemilikan harta, Islam
mengiktiraf pemilikan harta individu dan kekayaan kerana ianya adalah naluri
manusia.
3.
Keseimbangan antara kehendak individu dan masyarakat
q Dalam persoalan hubungan
kekeluargaan, segala hukum tanggungjawab yang dikenakan ke atas semua ahli
keluarga adalah untuk kepentingan bersama dan pembinaan sebuah keluarga yang
harmonis.
4.
Keseimbangan antara matlamat dan cara
q Kesederhanaan hubungan
antara matlamat dan cara hanya terdapat dalam perundangan Islam sahaja.
Perundangan Islam mampu mencapai matlamat yang sempurna untuk menggabungkan antara cara dan matlamat
dengan pendekatannya yang tersendiri iaitu melalui kaedah “Sadul zaraie”.
Pendekatan ini tidak terdapat dalam mana-mana perundangan sivil yang menilai
matlamat suatu hukum itu terpisah dari cara pelaksanaannya. Sedangkan Islam
pula melihat kepada pendekatan “cara berpandukan matlamat”
Tawazun (Keseimbangan)
Persoalan-persoalan
yang tidak seimbang tersebut yakni sebagai berikut, dalam kehidupan terdapat
suatu kejadian di mana seseorang hanya mementingkan urusan dunianya sahaja atau
berprinsip hidupnya hanyalah untuk mencari kesenangan semata dan hal ini mewujudkan dalam aktiviti sehari-hari dan
dalam pergaulan, seperti merokok, minuman keras, berjudi, dadah dan semua
perbuatan maksiat atau walaupun tidak berbuat maksiat dia memenuhi keperluan
secara berlebihan, seperti makan dan tidur dengan berlebih-lebihan atau
bermalasan-malasan fenomena yang seperti ini merupakan suatu kecenderungan
terus-menerus terhadap perkara yang negatif. Kecenderungan yang terus-menerus
terhadap perkara positif, boleh diumpamakan sebagai berikut, seseorang yang
terus-menerus melakukan ibadah dengan cara mengurung diri, serta tidak
memperdulikan persekitaran sosial sekitar.
Walaupun
dimaksudkan sebagai suatu keseimbangan atau adil, hal itu bukan bererti harus
meletakkan kedudukan ditengah-tengah kerana realitinya suatu pertengahan belum
tentu menunjukkan suatu keseimbangan kerana bergantung bebanannya. Hal ini
mungkin lebih mudah difahami oleh seorang seni bina atau seorang jurutera
teknik atau contohnya dapat diambil sebagai berikut, seorang ibu mempunyai dua
orang anak, anak pertama sedang belajar di universiti, manakala yang lagi
seorang masih belajar di sekolah menengah, sudah semestinya ibu tersebut tidak
akan memberikan wang saku dengan jumlah yang sama kepada anak-anaknya, jika ibu
tersebut berpegang pada prinsip keadilan tentu ia akan memberikan wang dengan
dengan jumlah yang lebih kepada anaknya yang tua kerana anak ini memerlukan
keperluan yang lebih berbanding anaknya yang masih berada di peringkat sekolah
menengah.
Sikap
tawazun sangat diperlukan oleh kita sebagai orang Islam, tujuannya adalah agar
kita tidak melakukan sesuatu hal yang berlebihan dalam hal-hal yang lain atau
malah melupakannya, padahal hal yang dimaksudkan itu mempunyai hak yang harus
ditunaikan pada diri kita.
Rasulullah
saw memerintahkan kita untuk bersikap tawazun yang dapat diambil sebagai contoh
kisah para sahabat Rasulullah saw, yang kurang lebih seperti ini, ada tiga
orang sahabat Rasulullah saw yang datang kepada beliau dan mengutarakan
maksudnya masing-masing, orang yang pertama mengatakan bahawa dia tidak akan
berkahwin selama hidupnya, kemudian orang yang kedua mengatakan bahawa dia akan
berpuasa setiap hari dan terus-menerus seumur hidupnya dan yang terakhir
mengatakan bahawa ia akan solat tanpa henti-henti, Rasulullah saw menjawab,
kalian jangan seperti itu, masing-masing urusan ada haknya, urusan dunia haknya
sedangkan urusan akhirat ada juga haknya, jalankan hal itu dengan seimbang.
Allah
swt menciptakan alam ini dengan keseimbangan dan memerintahkan kita untuk
menjaga keseimbangan itu seperti yang termaktup dalam surah Ar-Rahmaan: 7-9,
yang bermaksud:
"Dan
Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya
kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan betulkanlah cara menimbang
itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu."
Kemampuan
manusia untuk bertawazun disokong oleh fitrahnya, manusia diciptakan dengan
fitrahnya oleh Allah swt, yang mana fitrahnya itu adalah hanif iaitu
kecenderungan untuk melakukan kebaikan dan engakui ketauhidan, namun keadaannya
selepas lahir yang kadang-kadang diarahkan oleh kedua-dua orang tuanya membuat
anak tersebut menjadi nasrani, yahudi, majusi apabila orang tuanya merupakan bukan
Islam. Sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Ar-Ruum: 30 yang bermaksud:
"Maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (Tetaplah atas) fitrah
Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan
pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui "Serta hadis Rasulullah yang berbunyi:" Setiap bayi
dilahirkan daIam keadaan fitrah (Islam) orang tuanyalah yang menjadikan ia
sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi (Mutafaq alaih) ".
Dalam
menjalankan fitrah tersebut, manusia diberikan oleh Allah swt tiga keupayaan
kepada manusia iaitu:
Jasmani
Setiap
manusia menyedari akan hal ini, masing-masing mengetahui cara-cara memenuhi
keperluannya, diantaranya dengan makan, minum, rehat, pakaian, tempat tinggal.
Dalam hal ini Rasulullah saw memberikan garis panduan dan arahan yang berkaitan
dengan cara-cara memenuhi keperluan tersebut, seperti dalam hal makan dan minum,
Rasulullah saw mengatakan sebagai berikut "makanlah sebelum lapar dan
berhentilah sebelum kenyang". Secara logik hadis ini boleh diterima bahawa
jika diibaratkan suatu sistem, bila sesuatu melampaui batasnya pasti penggera
akan berbunyi atau memberi amaran di saat waktu kritikal dan bahaya. Sama ada
penggera itu merupakan sesuatu perkara yang baik atau ditunggu-tunggu? Tentu
sahaja tidak, malah dapat memberi kesan yang tidak baik.
Akal
Hal
yang paling membezakan manusia dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah swt yang
lain dengan dianugerahkan akal, dengan akal ini manusia seharusnya mampu
menilai benda baik dan buruk supaya tidak terjerumus kedalam jurang maksiat, apabila
manusia mampu menggunakan akalnya dengan sebaik-baiknya dan terus-menerus
mencari kebenaran, maka darjatnya boleh melebihi para malaikat dan apabila
manusia tidak menggunakan akal dan senang jatuh kedalam kemerosotan moral dan
sebagainya maka darjatnya menyamai haiwan bahkan lebih rendah lagi. Jadi
bagaimana cara memenuhi keperluan dari potensi ini? Jawapannya ialah sentiasa belajar
dan menuntut ilmu apa sahaja ilmunya tentu saja ilmu yang positif baik itu
berkaitan dengan dunia walaupun dengan akhirat, yang penting dilakukan kerana
lillahi ta'ala.
Jiwa
Tidak
semua orang menyedari sepenuhnya akan keupayaan ini, apabila seseorang merasa
gelisah atau tidak tenteram, ia merupakan salah satu petanda akan kekurangan
ruh, namun banyak diantara orang yang tidak faham akan hal ini untuk
melampiaskannya kepada hal-hal yang negatif terutama generasi muda sekarang
yakni minum minuman keras, dadah, seks bebas mencuri bahkan bunuh diri, seperti
yang sering kita lihat pada infotaimen-infotaimen selebriti yang begitu
digembar-gemburkan, sebagai akibat dari kekurangan akan ruh maka cacat moral
akan terjadi pada yang bersangkutan sehingga ia tidak akan merasakan perasaan
bersalah sesudah melakukan perbuatan-perbuatan dosa tersebut. Agama Islam
sangat memperhatikan dengan hal ini, yakni bagaimana caranya untuk memenuhi
keperluan rohani, yaitu dengan rajin dalam beribadah terutama yang wajib
(rukun), lalu dilanjutkan dengan sunah seperti memperbanyak membaca Al-Qur'an,
berzikir, bermuhasabah, dan sebagainya.
Sebahagian
manusia ingin mempunyai keseimbangan (tawazun) antara pekerjaan dengan waktu
dalam kehidupan sehari-hari, kerana begitu banyak pekerjaan atau kewajipan
daripada waktu yang tersedia. Sehingga manusia dituntut untuk tawazun
menyelesaikan pekerjaan dengan masa yang terhad. Kerana pada kenyataannya,
masih terdapat sebahagian manusia yang belum dapat mengimbangi pekerjaan yang
menyebabkan kelewatan kerja, kelalaian, dan kemalasan.
Di sini,
saya ingin berkongsi strategi agar kita mampu membina sebuah keseimbangan
dengan masa yang terhad.
Pertama,
tetapkan niat. Ketika kita bekerja atau melaksanakan kewajipan niatkanlah hanya
mengharap keredhaan illahi, agar pekerjaan tersebut bernilai ibadah (ukhrawi)
di hadapan Illahi bukan sekadar tuntutan duniawi.
Sebagaimana sabda nabi: "Sesungguhnya setiap
perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)
berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin
mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan)
Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan
yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya
(akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan."
Kedua,
plotkan agenda, bekerja mengikut kemampuan.
Dalam firman-Nya disebutkan: "Allah
tidak akan membebani manusia kecuali sesuai kemampuannya."
Kemampuan disini harus dibarengi dengan
ikhitiar yang maksimum untuk menyelesaikan suatu pekerjaan. Dalam sabda nabi
disebutkan: "laksanakan ibadah sesuai kemampuan, jangan membiasakan ibadah
lalu kamu kerjakan." (Muttafaqun
alaih).
Ketiga,
laksanakan apa yang sudah dirancangkang.
Dalam
firman-Nya Allah menyebutkan di dalam surat As-saff ayat 2-3: "Wahai
orang-orang beriman! Kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu
kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa
yang tidak kamu kerjakan."
Semoga kita bukan termasuk senarai orang-orang
yang sangat dibenci Allah sebagaimana yang telah disebutkan dalam firman-Nya.
Keempat,
berterusan dalam beramal.
Sabda nabi
menyebut: "amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang langgeng meskipun
sedikit." (HR.Bukhari)
Kelima,
intropeksi diri.
"Sesungguhnya Allah merentangkan
tangan-Nya pada malam hari memberi kesempatan taubat bagi tingkah laku
kesalahan pada siang hari.Dan merentangkan tangan-Nya pada siang hari memberi
kesempatan taubat bagi pelaku keslahan pada malam hari sampai kelak matahari
terbit dari barat (kiamat)." (Bukhori)
Sunday, 6 March 2016
Mizan (Kesetaraan)
Ø Dalam
sebuah sistem kejuruteraan , prinsip mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap
sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan
yang diperlukan untuk mengekalkan di dalam kedudukan tersebut.
Ø Contoh:
o
Dalam kejuteraan kimia prinsip mizan
digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga.
o
Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan
mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama ,
o
Sementara dalam kejuruteraan elektrik
prin kesetaraan digunakan pada cas elektrik.
Ø Dari
segi sumbangan cerdik pandaiI slam kepada perkembangan teknologi dan
kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka
curahkan dan kesannya masih lagi dirasai hingga ke hari ini.
Ø Contoh:
o
Kejuruteraan mekanikal yang utama dalam
teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaaan bagi tujuan
pengairan, perumahan, industry dan lain-lain.
o
Mesin mengangkut air yang pertama
digunakan di mesir dan syiria dan dipanggil shaduf. Alat ini mudah dan murah
dan masih digunakan hingga ke hari ini di mesir.
o
Dua lagi jenis mengangkut air dinamakan
saqiya dan nau’ra saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala
nau’ra digerakkan oleh kuasa air.
Sementara taqi al din
pula dalam kitabnya menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda
berskoop yang menakjubkan alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta
silinder piston yg dapat mengepam air ke atas silinder piston untuk
menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas.
Tetap dan Anjal (Mutlak dan Murunah)
“dan kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan kami wahyukan kepadanya;”bahawasanya tidak ada tuhan (yang berhak) melainkan aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan aku” (surah Al-Anbiya’[21]:25)
Ø Sedangkan hal-hal lain termasuk isu feqah, isu politik, isu semasa da sebagainya, berubah-rubah sesuai dengan perkembangan zaman. Sifat anjal yang menjamin kerelevanan Islam hingga akhir zaman firman Allah.
“Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, kami berikan syariat(aturan) dan minhaj(jalan yang terang)” (surah Al-Ma’idah[5]:48)
Ø Jika Islam tidak ada sifat anjal ini, ia tidak akan “menikmati” tiupan angin, yang menjadikan angin kemudiannya “merajuk” dengan dirinya dengan berkembangnya zaman, berkembangnya sains dan teknologi, Islam tidak akan menjadi relevan, bahkan akan menjadi musuh sains seperti yang terjadi dengan gereja, andainya Islam tidak punya sifat anjal ini. maka di dalam ilmu syariah, kita pelajati ilmu maqasid syariah(tujuan adanya hukum-hukum syarak), kerana Islam hadir untuk memberikan kesejahteraan buat manusia bukan menyusahkannya.
Penghargaan
Bersyukur
kepada Allah swt dan Melalui peluang keemasan ini, kami inin merakamkan jutaan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan iaitu
Pn.Suraini Ripin kerana telah banyak memberikan kami tunjuk ajar sehingga kami
Berjaya meyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Selain itu, penghargaan dan terima
kasih ini juga kepaa rakan-rakan kami yang turut membantu kami dalam menyiapkan
blog ini. Tidak lupa juga rakan sekumpulan yang bersama-sama bertungkus lumus
dan memberikan tenaga dan kerjasama yang secukupnya dalam menyiapkan blog ini.
Blog ini juga telah menjadikan salah
satu daripada proses mengulangkaji bagi kami dan kami berharap pencapaian kami
dalam subjek ini bertambah baik. Semoga blog seperti ini akan terus dijalankan
untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan
dalam diri para pelajar.
Akhir kata, sekali lagi ingin kami
ucspkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menghasilkan blog ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon
kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak sengaja di dalam
blog ini sekian terima kasih.
Penutup
Dengan lafaz Alhamdulillah kami telah mengakhiri blog
kami kali ini. Sebagai manusia biasa tentunya dalam penulisan ini masih banyak
hal-hal yang belum terpenuhi, baik dari segi bahasa, penyusunan kalimat, dan
hal yang lainnya. Namun demikian kami telah berupaya semaksimal mungkin demi
terselesainya bloh ini dan agar mendapat hasil sebaik mungkin, tetapi kemampuan
yang kami miliki sangatlah terbatas. Oleh kerana itu, untuk kesempurnaan kerja
yang sederhana ini kami mengharapkan kritik dan saran yang sifatnya membangun
dari semua pihak demi kebersihan kerja di masa mendatang.
Selain itu, prinsip ini dapat merujuk kepada segala hukum
yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw.
Prinsip syariah terbahagi kepada lima prinsip. Rabbaniah, Wasatiah, Tawazun,
Mizan dan Tetap dan Anjal. Prinsip ini dapat membaiki diri kita dalam menjalani
kehidupan sebagai manusia di muka bumi ini. dapat mengajar tentang kepercayaan
yang agung kepada yang Maha Esa iaitu Allah swt, mewujudkan sifat kesederhanaan
dalam diri kita, keseimbangan dan kesetaraan dalam diri dalam menjalankan
sesuatu perkara dan mempercayai yang mutlak dan murunah dalam memelihara
kesucian prinsip syariat yang terdapat dalam sifat kehidupan manusia yang
sentiasa berubah.
Prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia
sebagai khalifah Allah swt. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam
kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu
yang bermanfaat. Prinsip ini mengajar kita erti kehidupan yang berpandukan
Al-Quran dan al-hadis yang ditetapkan oleh Allah swt.
Akhirnya, dalam pembelajaran kita
dapat memahami konsep prinsip syariah dengan lebih mudah difahami. Semoga Allah
swt selalu memberkati pembelajaran kita dan dapat memberikan manfaat khususnya
bagi kami dan pada umumnya semua pihak yang berkenaan membaca blog ini. Semoga blog seperti ini akan terus dijalankan
untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan
dalam diri para pelajar.
Rujukan
i)
Buku/majalah/artikel
Ustaz
Muhammad Sabri Sahrir, Dr.Mohd Pauzi bin Usop (2007) Syari’ah Sains Dan
Teknolohi. Kuala Lumpur: Penerbit Al-Hidayah Publication.
Zulekha
Yusoff, Asnak Hj Ali (2011) Sains Dan Teknologi Dalam Tamadun Islam.Shah Alam: Card
Information Sdn.Bhd.
Dr. Haron Din (1990) Manusia dan Islam
Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad
Rasyid Ridha (1991) Wahyu Ilahi Kepada Muhammad Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka.
ii)
Internet
Saturday, 5 March 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)