Ø Prinsip
ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta
dan disusun oleh Allah swt.
Ø Alam
yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh
diterokai dengan mematuhi peraturan
Allah swt.
Ø Seluruh
ciptaan alam adalah milik Allah swt. Kita sebagai khalifah yang tertakluk
kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus
kepada pengabdian diri kepada Allah swt
dan menginsafi keagunganNya.
Ø Inilah
keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam
bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah.
Ø Demikian
juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran
dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala
kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang
terbaik.
Ø Antara
prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah rabbaniah.Ia bermaksud bahawa ekonomi Islam
berkait rapat dengan ketuhanan atau
ilahiah bukan hanya berlandaskan
kepentingan material.
Ø Segala
kandungannya meliputi aspek aqidah,
ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
Rabbaniah boleh difahami dalam dua
konteks kefahaman :
Ø Kefahaman
yang pertama tentang prinsip
rabbaniah dalam sistem ekonomi Islam adalah keyakinan bahawa sistem
ekonomi Islam dalam segi dasarnya adalah unggul
dan terbaik kerana ia datang daripada Allah dan Nabi Muhammad.
Ø Sebagai contoh,
tidak semua umat Islam faham apakah hikmah di sebalik pengharaman riba. Lebih-lebih lagi pada zaman yang begitu mencabar
ini.Riba seolah-olah menjadi kebiasaan dan rata-rata menganggapnya tidak
mengapa bak kata peribahasa Melayu alah
bisa tegal biasa.
Konsep
Rabbaniah melahirkan peniaga Muslim yang amanah dan
tidak menipu dalam timbangan. - Gambar hiasan
Ø Namun,
bagi orang yang beriman kepada Allah swt apabila Al-Quran dan hadis dengan
jelas mengharamkan riba, mereka tidak akan berlengah-lengah meninggalkan riba dan saki-bakinya tanpa
sebarang keberatan. Inilah bukti iman kita kepada Yang Maha Esa.
Firman Allah yang bermaksud: Maka
demi Tuhanmu (wahai Muhammad). Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka
menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari
apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya (an-Nisa': 65).
v Kefahaman
rabbaniah yang kedua pula adalah
segala aktiviti yang dijalankan untuk menggerakkan ekonomi bertujuan mendapatkan keredaan Allah swt. Mereka yang memahami konsep ini akan memastikan segala
pengurusan dan aktiviti ekonomi yang dijalankan tidak mengandungi sebarang perkara yang haram kerana ia pasti
dimurkai oleh Allah swt.
v Orang
yang memahami tujuan mereka menuju Allah swt akan menganggap bahawa kegiatan
ekonomi yang dijalankan semuanya adalah manifestasi kehambaan kepada Allah swt.
v Kefahaman
ini boleh diterapkan dalam diri jika kita memahami bahawa setiap harta yang diperolehi
sebenarnya adalah pinjaman daripada
Allah swt. Maka sebagai peminjam kita perlu mematuhi segala terma dan
syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman.
v Sebab
itulah, Allah swt akan mempersoalkan perolehan harta serta penggunaannya.
Setiap nilaian harta akan diperincikan oleh Allah swt sebagai perhitungan di
akhirat kelak.
Abu Barzah r.a, meriwayatkan bahawa
Nabi bersabda: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (di hadapan
Allah) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu akan ditanya tentang
hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya."
(riwayat al-Tarmizi)
No comments:
Post a Comment