Monday 7 March 2016





Isi Kandungan




Pendahuluan

Islam adalah sebuah agama yang paling dinilai disisi Allah swt. Nabi Muhammad saw sebagai utusan Allah datang untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dalam Islam terdapat ajaran yang harus dipelajari dan difahamkan oleh pemeluk agama Islam seperti haram, halal, mubah, subhat dan lain-lain.
            Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. Ianya juga adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada 5 prinsip.

Pertama, Rabbaniah iaitu ketuhanan yang merujuk kepada syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia. Kedua, Wasatiah iaitu kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. Ketiga, Tawazun iaitu keseimbangan dalam syariat bernaksud segala kandungannya mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan diakhirat. Keempat, Mizan iaitu kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kelima, Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan murunah menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya yang tetap untuk semua zaman dan umat.

             Kesimpulannya, prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat.

Definisi Syariah

BAHASA SYARAK: Jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus.
ISTILAH: Merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw.

o   Dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia.
o   Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia.
o   Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat tanpa syariat.

o   Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.




Rabbaniah (Ketuhanan)

Ø  Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt.

Ø  Alam yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah swt.

Ø  Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah swt. Kita sebagai khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah swt dan menginsafi keagunganNya.

Ø  Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah.

Ø  Demikian juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu  Al-Quran dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang terbaik.

Ø  Antara prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah rabbaniah.Ia bermaksud bahawa ekonomi Islam berkait rapat dengan ketuhanan atau ilahiah bukan hanya berlandaskan kepentingan material.

Ø  Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.

      Rabbaniah boleh difahami dalam dua konteks kefahaman :

Ø  Kefahaman yang pertama tentang prinsip rabbaniah dalam sistem ekonomi Islam adalah keyakinan bahawa sistem ekonomi Islam dalam segi dasarnya adalah unggul dan terbaik kerana ia datang daripada Allah dan Nabi Muhammad.


Ø  Sebagai contoh, tidak semua umat Islam faham apakah hikmah di sebalik pengharaman riba. Lebih-lebih lagi pada zaman yang begitu mencabar ini.Riba seolah-olah menjadi kebiasaan dan rata-rata menganggapnya tidak mengapa bak kata peribahasa Melayu alah bisa tegal biasa.


Konsep Rabbaniah melahirkan peniaga Muslim yang amanah dan
 tidak menipu dalam timbangan. - Gambar hiasan


Ø  Namun, bagi orang yang beriman kepada Allah swt apabila Al-Quran dan hadis dengan jelas mengharamkan riba, mereka tidak akan berlengah-lengah meninggalkan riba dan saki-bakinya tanpa sebarang keberatan. Inilah bukti iman kita kepada Yang Maha Esa.

             Firman Allah yang bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad). Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya (an-Nisa': 65).




v  Kefahaman rabbaniah yang kedua pula adalah segala aktiviti yang dijalankan untuk menggerakkan ekonomi bertujuan mendapatkan keredaan Allah swt. Mereka yang memahami konsep ini akan memastikan segala pengurusan dan aktiviti ekonomi yang dijalankan tidak mengandungi sebarang perkara yang haram kerana ia pasti dimurkai oleh Allah swt.

v  Orang yang memahami tujuan mereka menuju Allah swt akan menganggap bahawa kegiatan ekonomi yang dijalankan semuanya adalah manifestasi kehambaan kepada Allah swt.

v  Kefahaman ini boleh diterapkan dalam diri jika kita memahami bahawa setiap harta yang diperolehi sebenarnya adalah pinjaman daripada Allah swt. Maka sebagai peminjam kita perlu mematuhi segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman.

v  Sebab itulah, Allah swt akan mempersoalkan perolehan harta serta penggunaannya. Setiap nilaian harta akan diperincikan oleh Allah swt sebagai perhitungan di akhirat kelak.


           Abu Barzah r.a, meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya." (riwayat al-Tarmizi)

Wasatiah (Kesederhanaan)

q  Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan.

q  Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardhu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.

q  Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.

q  Apabila kita merujuk kepada Al-Quran, kita akan dapati Al-Quran menyifatkan umat Islam sebagai umat yang sederhana atau mempunyai konsep pertengahan dalam segala aspek kehidupan mereka.

                  Ini dapat dilihat dalam Firman Allah swt. yang bermaksud : “demikianlah pula kami telah jadikan kamu umat yang adil (pertengahan) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia……” (Surah al-Baqarah: 143)
q  Kesederhanaan yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau Al-Haq. Dalam menuju ke arah kebenaran pastinya akal semata-mata tidak mampu untuk memimpin manusia mencapai kebenaran yang mutlak. Roh kesederhanaan dalam Islam ditiup oleh Al-Quran yang merupakan wahyu Ilahi untuk mengimbangi di antara kehendak manusia dan agama.

q  Apabila manusia tidak boleh melewati batas dalam urusan rohaniah dan jasmaniah dan tidak berlebih-lebihan dalam urusan akhirat dan tidak berlebihan dalam urusan dunia, maka jalan seperti itu akan membawa manusia kepada “jalan tengah” di antara dua jalan yang bertentangan.

q  Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam agama, membantah ajaran-ajaran penyeksaan diri demi agama. Ini dibuktikan dengan kebenaran memakan makanan yang lazat-lazat dan memakai perhiasan, asal tidak berlebih-lebihan dan tidak bersikap sombong. 

Ciri-ciri kesederhanaan syariah Islam adalah seperti berikut:
1.      Keseimbangan antara Nas Syarie dan realiti kehidupan.

q  Nas-nas yang datang dari Al-Quran dan hadis yang sohih merupakan hukum yang pasti. Hukumnya adalah pasti dalam soal yang diperkatakan oleh nas tersebut. Sebahagian ulama Islam berpendapat bahawa ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi yang sahih tidak datang dalam bentuk pasti melainkan dalam soal-soal ibadah tauhid sahaja. Manakala aspek lain seperti sosial, pemerintahan, perniagaan dan hubungan antara manusia datang dalam bentuk zanni. Natijahnya bahawa Islam dalam perundangannya mengambil kira soal hubungan kehidupan manusia yang berubah-ubah dengan tuntutan agama iaitu dengan mengimbangi antara nas dan realiti kehidupan.

      2. Perbezaan antara ideal dan realiti
q  Islam mengambil kira keadaan manusia dan kemampuan mereka sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan. Islam juga menggalakkan umatnya melakukan perkara-perkara yang membawa mereka ke suatu tahap yang paling ideal, contohnya amalan sunat. Amalan tersebut bukanlah suatu yang diwajibkan oleh Islam tetapi ia lebih bersifat sukarela dari hamba yang mencari keredhaan tuhannya. Kesemua hukum taklif yang diwajibkan oleh Islam terhadap umatnya adalah dalam lingkungan kemampuan dan upaya manusia. Sebagai contoh dalam pemilikan harta, Islam mengiktiraf pemilikan harta individu dan kekayaan kerana ianya adalah naluri manusia.

        3. Keseimbangan antara kehendak individu dan masyarakat
q  Dalam persoalan hubungan kekeluargaan, segala hukum tanggungjawab yang dikenakan ke atas semua ahli keluarga adalah untuk kepentingan bersama dan pembinaan sebuah keluarga yang harmonis.

       4. Keseimbangan antara matlamat dan cara

q  Kesederhanaan hubungan antara matlamat dan cara hanya terdapat dalam perundangan Islam sahaja. Perundangan Islam mampu mencapai matlamat yang sempurna untuk menggabungkan antara cara dan matlamat dengan pendekatannya yang tersendiri iaitu melalui kaedah “Sadul zaraie”. Pendekatan ini tidak terdapat dalam mana-mana perundangan sivil yang menilai matlamat suatu hukum itu terpisah dari cara pelaksanaannya. Sedangkan Islam pula melihat kepada pendekatan “cara berpandukan matlamat”

Tawazun (Keseimbangan)


Persoalan-persoalan yang tidak seimbang tersebut yakni sebagai berikut, dalam kehidupan terdapat suatu kejadian di mana seseorang hanya mementingkan urusan dunianya sahaja atau berprinsip hidupnya hanyalah untuk mencari kesenangan semata dan hal ini  mewujudkan dalam aktiviti sehari-hari dan dalam pergaulan, seperti merokok, minuman keras, berjudi, dadah dan semua perbuatan maksiat atau walaupun tidak berbuat maksiat dia memenuhi keperluan secara berlebihan, seperti makan dan tidur dengan berlebih-lebihan atau bermalasan-malasan fenomena yang seperti ini merupakan suatu kecenderungan terus-menerus terhadap perkara yang negatif. Kecenderungan yang terus-menerus terhadap perkara positif, boleh diumpamakan sebagai berikut, seseorang yang terus-menerus melakukan ibadah dengan cara mengurung diri, serta tidak memperdulikan persekitaran sosial sekitar.
Walaupun dimaksudkan sebagai suatu keseimbangan atau adil, hal itu bukan bererti harus meletakkan kedudukan ditengah-tengah kerana realitinya suatu pertengahan belum tentu menunjukkan suatu keseimbangan kerana bergantung bebanannya. Hal ini mungkin lebih mudah difahami oleh seorang seni bina atau seorang jurutera teknik atau contohnya dapat diambil sebagai berikut, seorang ibu mempunyai dua orang anak, anak pertama sedang belajar di universiti, manakala yang lagi seorang masih belajar di sekolah menengah, sudah semestinya ibu tersebut tidak akan memberikan wang saku dengan jumlah yang sama kepada anak-anaknya, jika ibu tersebut berpegang pada prinsip keadilan tentu ia akan memberikan wang dengan dengan jumlah yang lebih kepada anaknya yang tua kerana anak ini memerlukan keperluan yang lebih berbanding anaknya yang masih berada di peringkat sekolah menengah.

Sikap tawazun sangat diperlukan oleh kita sebagai orang Islam, tujuannya adalah agar kita tidak melakukan sesuatu hal yang berlebihan dalam hal-hal yang lain atau malah melupakannya, padahal hal yang dimaksudkan itu mempunyai hak yang harus ditunaikan pada diri kita.

Rasulullah saw memerintahkan kita untuk bersikap tawazun yang dapat diambil sebagai contoh kisah para sahabat Rasulullah saw, yang kurang lebih seperti ini, ada tiga orang sahabat Rasulullah saw yang datang kepada beliau dan mengutarakan maksudnya masing-masing, orang yang pertama mengatakan bahawa dia tidak akan berkahwin selama hidupnya, kemudian orang yang kedua mengatakan bahawa dia akan berpuasa setiap hari dan terus-menerus seumur hidupnya dan yang terakhir mengatakan bahawa ia akan solat tanpa henti-henti, Rasulullah saw menjawab, kalian jangan seperti itu, masing-masing urusan ada haknya, urusan dunia haknya sedangkan urusan akhirat ada juga haknya, jalankan hal itu dengan seimbang.

Allah swt menciptakan alam ini dengan keseimbangan dan memerintahkan kita untuk menjaga keseimbangan itu seperti yang termaktup dalam surah Ar-Rahmaan: 7-9, yang bermaksud:

"Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu."

Kemampuan manusia untuk bertawazun disokong oleh fitrahnya, manusia diciptakan dengan fitrahnya oleh Allah swt, yang mana fitrahnya itu adalah hanif iaitu kecenderungan untuk melakukan kebaikan dan engakui ketauhidan, namun keadaannya selepas lahir yang kadang-kadang diarahkan oleh kedua-dua orang tuanya membuat anak tersebut menjadi nasrani, yahudi, majusi apabila orang tuanya merupakan bukan Islam. Sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Ar-Ruum: 30 yang bermaksud:

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui "Serta hadis Rasulullah yang berbunyi:" Setiap bayi dilahirkan daIam keadaan fitrah (Islam) orang tuanyalah yang menjadikan ia sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi (Mutafaq alaih) ".


Dalam menjalankan fitrah tersebut, manusia diberikan oleh Allah swt tiga keupayaan kepada manusia iaitu:

Jasmani

Setiap manusia menyedari akan hal ini, masing-masing mengetahui cara-cara memenuhi keperluannya, diantaranya dengan makan, minum, rehat, pakaian, tempat tinggal. Dalam hal ini Rasulullah saw memberikan garis panduan dan arahan yang berkaitan dengan cara-cara memenuhi keperluan tersebut, seperti dalam hal makan dan minum, Rasulullah saw mengatakan sebagai berikut "makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum kenyang". Secara logik hadis ini boleh diterima bahawa jika diibaratkan suatu sistem, bila sesuatu melampaui batasnya pasti penggera akan berbunyi atau memberi amaran di saat waktu kritikal dan bahaya. Sama ada penggera itu merupakan sesuatu perkara yang baik atau ditunggu-tunggu? Tentu sahaja tidak, malah dapat memberi kesan yang tidak baik.

Akal

Hal yang paling membezakan manusia dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah swt yang lain dengan dianugerahkan akal, dengan akal ini manusia seharusnya mampu menilai benda baik dan buruk supaya tidak terjerumus kedalam jurang maksiat, apabila manusia mampu menggunakan akalnya dengan sebaik-baiknya dan terus-menerus mencari kebenaran, maka darjatnya boleh melebihi para malaikat dan apabila manusia tidak menggunakan akal dan senang jatuh kedalam kemerosotan moral dan sebagainya maka darjatnya menyamai haiwan bahkan lebih rendah lagi. Jadi bagaimana cara memenuhi keperluan dari potensi ini? Jawapannya ialah sentiasa belajar dan menuntut ilmu apa sahaja ilmunya tentu saja ilmu yang positif baik itu berkaitan dengan dunia walaupun dengan akhirat, yang penting dilakukan kerana lillahi ta'ala.

Jiwa

Tidak semua orang menyedari sepenuhnya akan keupayaan ini, apabila seseorang merasa gelisah atau tidak tenteram, ia merupakan salah satu petanda akan kekurangan ruh, namun banyak diantara orang yang tidak faham akan hal ini untuk melampiaskannya kepada hal-hal yang negatif terutama generasi muda sekarang yakni minum minuman keras, dadah, seks bebas mencuri bahkan bunuh diri, seperti yang sering kita lihat pada infotaimen-infotaimen selebriti yang begitu digembar-gemburkan, sebagai akibat dari kekurangan akan ruh maka cacat moral akan terjadi pada yang bersangkutan sehingga ia tidak akan merasakan perasaan bersalah sesudah melakukan perbuatan-perbuatan dosa tersebut. Agama Islam sangat memperhatikan dengan hal ini, yakni bagaimana caranya untuk memenuhi keperluan rohani, yaitu dengan rajin dalam beribadah terutama yang wajib (rukun), lalu dilanjutkan dengan sunah seperti memperbanyak membaca Al-Qur'an, berzikir, bermuhasabah, dan sebagainya.

            Sebahagian manusia ingin mempunyai keseimbangan (tawazun) antara pekerjaan dengan waktu dalam kehidupan sehari-hari, kerana begitu banyak pekerjaan atau kewajipan daripada waktu yang tersedia. Sehingga manusia dituntut untuk tawazun menyelesaikan pekerjaan dengan masa yang terhad. Kerana pada kenyataannya, masih terdapat sebahagian manusia yang belum dapat mengimbangi pekerjaan yang menyebabkan kelewatan kerja, kelalaian, dan kemalasan.
Di sini, saya ingin berkongsi strategi agar kita mampu membina sebuah keseimbangan dengan masa yang terhad.

                 Pertama, tetapkan niat. Ketika kita bekerja atau melaksanakan kewajipan niatkanlah hanya mengharap keredhaan illahi, agar pekerjaan tersebut bernilai ibadah (ukhrawi) di hadapan Illahi bukan sekadar tuntutan duniawi.

Sebagaimana sabda nabi: "Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan."
Kedua, plotkan agenda, bekerja mengikut kemampuan.

Dalam firman-Nya disebutkan: "Allah tidak akan membebani manusia kecuali sesuai kemampuannya."

Kemampuan disini harus dibarengi dengan ikhitiar yang maksimum untuk menyelesaikan suatu pekerjaan. Dalam sabda nabi disebutkan: "laksanakan ibadah sesuai kemampuan, jangan membiasakan ibadah lalu kamu kerjakan." (Muttafaqun alaih).
Ketiga, laksanakan apa yang sudah dirancangkang.
Dalam firman-Nya Allah menyebutkan di dalam surat As-saff ayat 2-3: "Wahai orang-orang beriman! Kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

Semoga kita bukan termasuk senarai orang-orang yang sangat dibenci Allah sebagaimana yang telah disebutkan dalam firman-Nya.

Keempat, berterusan dalam beramal.
Sabda nabi menyebut: "amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang langgeng meskipun sedikit." (HR.Bukhari)
Kelima, intropeksi diri.

            
            "Sesungguhnya Allah merentangkan tangan-Nya pada malam hari memberi kesempatan taubat bagi tingkah laku kesalahan pada siang hari.Dan merentangkan tangan-Nya pada siang hari memberi kesempatan taubat bagi pelaku keslahan pada malam hari sampai kelak matahari terbit dari barat (kiamat)." (Bukhori)

Sunday 6 March 2016

Mizan (Kesetaraan)


Ø Merupakan kaedah manusia diukur dari perbuatan baik dan mungkarnya.
Ø Dalam sebuah sistem kejuruteraan , prinsip mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan yang diperlukan untuk mengekalkan di dalam kedudukan tersebut.
Ø  Contoh:
o   Dalam kejuteraan kimia prinsip mizan digunakan untuk memahami bahan dan aliran tenaga.
o   Begitu juga dalam kejuruteraan awam dan mekanik, tindakan daya dan momen menggunakan prinsip yang sama ,
o   Sementara dalam kejuruteraan elektrik prin kesetaraan digunakan pada cas elektrik.
Ø  Dari segi sumbangan cerdik pandaiI slam kepada perkembangan teknologi dan kejuruteraan, sejarah telah membuktikan sumbangan yang besar telah mereka curahkan dan kesannya masih lagi dirasai hingga ke hari ini.
Ø  Contoh:
o   Kejuruteraan mekanikal yang utama dalam teknologi Islam ialah alat mengangkut air untuk kegunaaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industry dan lain-lain.
o   Mesin mengangkut air yang pertama digunakan di mesir dan syiria dan dipanggil shaduf. Alat ini mudah dan murah dan masih digunakan hingga ke hari ini di mesir.
o   Dua lagi jenis mengangkut air dinamakan saqiya dan nau’ra saqiya digerakkan oleh tenaga binatang ternakan, manakala nau’ra digerakkan oleh kuasa air.
Sementara taqi al din pula dalam kitabnya menerangkan alat mengepam air dengan menggunakan roda berskoop yang menakjubkan alat ini ialah kemampuan juruteranya mencipta silinder piston yg dapat mengepam air ke atas silinder piston untuk menghasilkan satu paduan daya tolakan mengepam air ke atas.

Tetap dan Anjal (Mutlak dan Murunah)



“dan kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan kami wahyukan kepadanya;”bahawasanya tidak ada tuhan (yang berhak) melainkan aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan aku” (surah Al-Anbiya’[21]:25)

Ø  Sedangkan hal-hal lain termasuk isu feqah, isu politik, isu semasa da sebagainya, berubah-rubah sesuai dengan perkembangan zaman. Sifat anjal yang menjamin kerelevanan Islam hingga akhir zaman firman Allah.

“Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, kami berikan syariat(aturan) dan minhaj(jalan yang terang)” (surah Al-Ma’idah[5]:48)




Ø  Jika Islam tidak ada sifat anjal ini, ia tidak akan “menikmati” tiupan angin, yang menjadikan angin kemudiannya “merajuk” dengan dirinya dengan berkembangnya zaman, berkembangnya sains dan teknologi, Islam tidak akan menjadi relevan, bahkan akan menjadi musuh sains seperti yang terjadi dengan gereja, andainya Islam tidak punya sifat anjal ini. maka di dalam ilmu syariah, kita pelajati ilmu maqasid syariah(tujuan adanya hukum-hukum syarak), kerana Islam hadir untuk memberikan kesejahteraan buat manusia bukan menyusahkannya.

Penghargaan

Bersyukur kepada Allah swt dan Melalui peluang keemasan ini, kami inin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah bimbingan iaitu Pn.Suraini Ripin kerana telah banyak memberikan kami tunjuk ajar sehingga kami Berjaya meyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
            Selain itu, penghargaan dan terima kasih ini juga kepaa rakan-rakan kami yang turut membantu kami dalam menyiapkan blog ini. Tidak lupa juga rakan sekumpulan yang bersama-sama bertungkus lumus dan memberikan tenaga dan kerjasama yang secukupnya dalam menyiapkan blog ini.
            Blog ini juga telah menjadikan salah satu daripada proses mengulangkaji bagi kami dan kami berharap pencapaian kami dalam subjek ini bertambah baik. Semoga blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri para pelajar.

            Akhir kata, sekali lagi ingin kami ucspkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan blog ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak sengaja di dalam blog ini sekian terima kasih.

Penutup

Dengan lafaz Alhamdulillah kami telah mengakhiri blog kami kali ini. Sebagai manusia biasa tentunya dalam penulisan ini masih banyak hal-hal yang belum terpenuhi, baik dari segi bahasa, penyusunan kalimat, dan hal yang lainnya. Namun demikian kami telah berupaya semaksimal mungkin demi terselesainya bloh ini dan agar mendapat hasil sebaik mungkin, tetapi kemampuan yang kami miliki sangatlah terbatas. Oleh kerana itu, untuk kesempurnaan kerja yang sederhana ini kami mengharapkan kritik dan saran yang sifatnya membangun dari semua pihak demi kebersihan kerja di masa mendatang.
            Selain itu, prinsip ini dapat merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada lima prinsip. Rabbaniah, Wasatiah, Tawazun, Mizan dan Tetap dan Anjal. Prinsip ini dapat membaiki diri kita dalam menjalani kehidupan sebagai manusia di muka bumi ini. dapat mengajar tentang kepercayaan yang agung kepada yang Maha Esa iaitu Allah swt, mewujudkan sifat kesederhanaan dalam diri kita, keseimbangan dan kesetaraan dalam diri dalam menjalankan sesuatu perkara dan mempercayai yang mutlak dan murunah dalam memelihara kesucian prinsip syariat yang terdapat dalam sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah.
            Prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah swt. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat. Prinsip ini mengajar kita erti kehidupan yang berpandukan Al-Quran dan al-hadis yang ditetapkan oleh Allah swt. 
        Akhirnya, dalam pembelajaran kita dapat memahami konsep prinsip syariah dengan lebih mudah difahami. Semoga Allah swt selalu memberkati pembelajaran kita dan dapat memberikan manfaat khususnya bagi kami dan pada umumnya semua pihak yang berkenaan membaca blog ini. Semoga blog seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri para pelajar.

Rujukan


i)                    Buku/majalah/artikel

Ustaz Muhammad Sabri Sahrir, Dr.Mohd Pauzi bin Usop (2007) Syari’ah Sains Dan Teknolohi. Kuala Lumpur: Penerbit Al-Hidayah Publication.

Zulekha Yusoff, Asnak Hj Ali (2011) Sains Dan Teknologi Dalam Tamadun Islam.Shah Alam: Card Information Sdn.Bhd.

      Dr. Haron Din (1990) Manusia dan Islam Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Rasyid Ridha (1991) Wahyu Ilahi Kepada Muhammad Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii)                  Internet





                   http://yaad1en.blogspot.my/2015/11/membangun-keseimbangan-tawazun.html