Monday 7 March 2016

Rabbaniah (Ketuhanan)

Ø  Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt.

Ø  Alam yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah swt.

Ø  Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah swt. Kita sebagai khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam milikNya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah swt dan menginsafi keagunganNya.

Ø  Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah.

Ø  Demikian juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu  Al-Quran dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang terbaik.

Ø  Antara prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah rabbaniah.Ia bermaksud bahawa ekonomi Islam berkait rapat dengan ketuhanan atau ilahiah bukan hanya berlandaskan kepentingan material.

Ø  Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.

      Rabbaniah boleh difahami dalam dua konteks kefahaman :

Ø  Kefahaman yang pertama tentang prinsip rabbaniah dalam sistem ekonomi Islam adalah keyakinan bahawa sistem ekonomi Islam dalam segi dasarnya adalah unggul dan terbaik kerana ia datang daripada Allah dan Nabi Muhammad.


Ø  Sebagai contoh, tidak semua umat Islam faham apakah hikmah di sebalik pengharaman riba. Lebih-lebih lagi pada zaman yang begitu mencabar ini.Riba seolah-olah menjadi kebiasaan dan rata-rata menganggapnya tidak mengapa bak kata peribahasa Melayu alah bisa tegal biasa.


Konsep Rabbaniah melahirkan peniaga Muslim yang amanah dan
 tidak menipu dalam timbangan. - Gambar hiasan


Ø  Namun, bagi orang yang beriman kepada Allah swt apabila Al-Quran dan hadis dengan jelas mengharamkan riba, mereka tidak akan berlengah-lengah meninggalkan riba dan saki-bakinya tanpa sebarang keberatan. Inilah bukti iman kita kepada Yang Maha Esa.

             Firman Allah yang bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad). Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya (an-Nisa': 65).




v  Kefahaman rabbaniah yang kedua pula adalah segala aktiviti yang dijalankan untuk menggerakkan ekonomi bertujuan mendapatkan keredaan Allah swt. Mereka yang memahami konsep ini akan memastikan segala pengurusan dan aktiviti ekonomi yang dijalankan tidak mengandungi sebarang perkara yang haram kerana ia pasti dimurkai oleh Allah swt.

v  Orang yang memahami tujuan mereka menuju Allah swt akan menganggap bahawa kegiatan ekonomi yang dijalankan semuanya adalah manifestasi kehambaan kepada Allah swt.

v  Kefahaman ini boleh diterapkan dalam diri jika kita memahami bahawa setiap harta yang diperolehi sebenarnya adalah pinjaman daripada Allah swt. Maka sebagai peminjam kita perlu mematuhi segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman.

v  Sebab itulah, Allah swt akan mempersoalkan perolehan harta serta penggunaannya. Setiap nilaian harta akan diperincikan oleh Allah swt sebagai perhitungan di akhirat kelak.


           Abu Barzah r.a, meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah) pada hari kiamat, sehingga terlebih dahulu akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya." (riwayat al-Tarmizi)

No comments:

Post a Comment