Monday 7 March 2016

Pendahuluan

Islam adalah sebuah agama yang paling dinilai disisi Allah swt. Nabi Muhammad saw sebagai utusan Allah datang untuk menyempurnakan akhlak manusia. Dalam Islam terdapat ajaran yang harus dipelajari dan difahamkan oleh pemeluk agama Islam seperti haram, halal, mubah, subhat dan lain-lain.
            Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. Ianya juga adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada 5 prinsip.

Pertama, Rabbaniah iaitu ketuhanan yang merujuk kepada syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia. Kedua, Wasatiah iaitu kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. Ketiga, Tawazun iaitu keseimbangan dalam syariat bernaksud segala kandungannya mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan diakhirat. Keempat, Mizan iaitu kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kelima, Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan murunah menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya yang tetap untuk semua zaman dan umat.

             Kesimpulannya, prinsip syariah saling berhubung kait dalam diri manusia sebagai khalifah Allah. Oleh itu, prinsip ini juga dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan dapat memudahkan pengurusan dalam menjalankan sesuatu yang bermanfaat.

No comments:

Post a Comment